BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 6, 2009

Mengapa Kita Bertangguh?

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.

Kenapa kita bertangguh?

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita

2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan

3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah

4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar

5) Tidak ada perancangan yang baik

6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri

7) Kita takut untuk berubah.

8) Kita takut gagal

9) Matlamat tidak jelas

10) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai

11) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.

12) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat

13) Melayan sikap malas

14) Amalan tabiat kerja last minutes

15) Kurang dorongan

16) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian

17) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius

18) Tiada semangat yang jitu dan mantap

19) Tabiat tidak menghargai masa

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita.

Hitam Itu Menawan

HITAM BUKAN SOALNYA

Bukanlah warna itu yang membawa konotasi negatifnya. Kerana di dalam manuskrip tua Arab sekali pun, benua Afrika itu berkurun lama dipanggil sebagai Bilad al-Sudaan (sudan_mini.JPG) atau “Negeri Orang Hitam”. Ia adalah lanjutan daripada gelaran yang mereka berikan kepada kawasan Afrika Utara yang disebut sebagai Bilad al-Baydhaani atau “Negeri Orang Putih”.Tetapi sedikit demi sedikit orang Arab menyeberangi kawasan Sahara dan Savanna ke arah Selatan, penduduknya semakin berkulit gelap dan hitam lalu akhirnya kekal selama berkurun, benua Afrika itu dikenali sebagai Bilad al-Sudaan atau Negeri Orang Hitam.

Ia suatu ungkapan yang bermaksud mahu memberikan identiti kepada suatu kaum di sesebuah tempat. Tetapi ungkapan “Pak Hitam” atau “Nigger” memikul konotasi negatif. Ia muncul dari sikap memandang rendah kepada orang Afrika yang berlaku sama ada hasil kepercayaan kepada idea tertentu, atau berlaku tanpa sedar seperti keselesaan kebanyakan kita menggunakan istilah Pak Hitam di dalam laporan akhbar dan berita.

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu itu berbangsa-bangsa dan berqabilah, agar dengan kejadian yang begitu kamu saling kenal mengenal di antara satu sama lain” [Al-Hujurat : 13]

Muslim harus bebas dari sikap diskriminasi bangsa dan warna kulit.

Hitam itu menawan.